Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru
pada 16 Mei. Pada tahun ini walaupun Hari Guru akan disambut lebih dalm
tempoh 2 bulan lagi, temanya dahpun diketahui iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas
bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi
(perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua
perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti
kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan
sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar
apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.
Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah
ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin
dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan
ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah
menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara
tercapai.
Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat
mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan. |